Tempus, sebuah startup yang menggunakan data analytics untuk meningkatkan kualiti rawatan kanser, telah menerima $110 juta dalam pembiayaan Siri E. Ini merupakan pengumpulan dana ketiga dalam masa 11 bulan. Kini syarikat Tempus bernilai kira-kira $ 2 bilion.

Tempus telah menerima $320 juta sejak ia diasaskan oleh Pengasas Bersama Groupon dan jutawan, Eric Lefkofsky pada tahun 2015. Lefkofsky telah memulakan Tempus selepas dia memerhatikan semasa isterinya menerima rawatan kanser beberapa tahun yang lalu, terdapat kekurangan data untuk memberikan pilihan rawatan.

Kini, Tempus mengumpulkan kedua-dua data molekul dan klinikal dari hospital-hospital di seluruh negara dan menganalisanya dalam pangkalan data dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti rawatan untuk pesakit kanser. Setakat ini, mereka telah bekerjasama dengan kira-kira 250 sistem hospital dan telah mengumpulkan 2 juta rekod klinikal.

Syarikat yang berpangkalan di Chicago merancang untuk menggunakan dana terkini untuk memfokuskan ke atas onkologi (rawatan kanser), enyakit kardiovaskular dan diabetes. Disamping itu, Tempus juga merancang untuk memperluaskan perkhidmatan mereka di Eropah, Australia dan Asia.

Pelabur yang terlibat dalam pembiayaan Siri E ini ialah Baillie Gifford, T. Rowe Price, Revolution Growth dan New Enterprise Associates.

 

Artikel Asal | Telegram Dewvation | Facebook Dewvation | Twitter Dewvation