TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik yang membolehkan pemandu teksi EzCab dan Public Cab untuk menerima pembayaran cashless menerusi Touch ‘n Go eWallet.

Program #JomTeksi ini membolehkan pemandu teksi menerima bayaran tanpa tunai menerusi Touch ‘n Go eWallet dan memberi mereka kuasa untuk terus berdaya saing dengan perkhidmatan e-Hailing di Malaysia.

Sistem pembayaran kod QR yang dikuasakan oleh Touch ‘n Go eWallet hanya memerlukan penumpang untuk mengimbas kod pemandu untuk membuat pembayaran tambang. Sekaligus pemandu teksi tidak perlu memasang sebarang terminal atau alat tambahan di dalam kenderaan mereka.

Pada masa ini, hampir 4,000 EzCab dan pemandu teksi dilengkapi dengan kaedah pembayaran QR. Touch ‘n Go eWallet menyasarkan kira-kira 10,000 buah teksi akan menerima pembayaran cashless menjelang akhir tahun ini.

 

Artikel Asal | Telegram Dewvation | Facebook Dewvation | Twitter Dewvation