DEWVATION ialah sebuah platform digital media yang memaparkan berita-berita terkini tentang dunia digital dalam Bahasa Malaysia meliputi aspek pengumuman, projek, penciptaan, pendidikan, penemuan, perdagangan, inovasi dan teknologi dari seluruh dunia.

DEWVATION dilancarkan pada Disember 2017 oleh sekumpulan anak muda yang obses dengan digital dan bahan informasi tentang perkembangan digital seluruh dunia. Bermula dengan berkongsi terjemahan Bahasa Malaysia dari pelbagai sumber berita luar dan dalam negara, DEWVATION mengorak langkah lebih jauh dengan menghasilkan konten rumusan bagi temuramah dan bual bicara seterusnya menghasilkan kontennya sendiri dari liputan para kru dan penulis konten di DEWVATION.

Dicipta selepas melihat kepesatan kemasukan industri digital ke dalam negara disamping tiada platform khusus yang menghimpunkan berita perkembangan digital, DEWVATION telah mula menarik minat pembaca yang mahu mengikuti komuniti gaya hidup digital dan menambah lagi pengetahuan dari berita luar dan dalam negara. Satu pencapaian yang membanggakan apabila DEWVATION mula mendapat perhatian yang konsisten dari para pembaca bermula Jun 2018 walaupun baru setengah tahun ditubuhkan. Ia terus memberikan inspirasi kepada team di DEWVATION bagi menghasilkan berita yang lebih berkualiti dan menambahbaik gaya persembahan agar bersifat edutainment untuk masyarakat Malaysia.

Dengan terbinanya plaform ini, DEWVATION mahu mendidik masyarakat tentang kepentingan mengikuti perkembangan dunia digital melalui berita dan informasi yang diterbitkan. DEWVATION akan terus berkembang dan membantu membina rangkaian komuniti digital lifestyle di Malaysia selari dengan perkembangan Revolusi Industri ke-4 dan era Ekonomi Digital.

DEWVATION akan terus berkembang menjadi jenama utama di DEW Alliance dalam membangunkan komuniti digital and edutainment lifestyle di Malaysia. Di masa akan datang, media ini akan berkembang di pelbagai platform sekaligus melengkapkan kehendak komuniti digital ini.

Terima kasih kerana terus berikan sokongan!

Hubungi kami sekiranya anda mahu mencadangkan sebarang idea dan penambahbaikan.


Kami mahu mencari pioneer team untuk projek digital news and edutainment network. Sekiranya anda mahu menimba pengalaman membangunkan konten digital dengan menjadi penulis sambilan volunteer dengan latihan intensif di platform ini, sila hantarkan resume ke job@dewvation.com.

Atau terus hubungi +60137557431.