Baru-baru ini Media Prima Berhad, kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia, mengumumkan yang mereka telah berjaya meningkatkan hasil pendapatan digital sebanyak 79% dan perdagangan bagi tempoh kewangan sembilan bulan yang berakhir pada 30 Sept, 2018 (9MFY18).

Perolehan digital dan perdagangan meningkat kepada RM216.2 juta dalam 9MFY18 daripada RM121.0 juta pada 9MFY17,. Ia menunjukkan kemajuan rancangan transformasi perniagaan Media Prima untuk menjadi syarikat kandungan dan perdagangan digital yang pertama di Malaysia.

Hasil pendapatan digital meningkat kepada RM64.3 juta dalam 9MFY18 daripada RM28 juta dalam 9MFY17. Kejayaan ini didorong oleh strategi untuk mempercepatkan hasil pengiklanan digital dan peluang kewangan. Antara strategi-strategi yang digunakan Media Prima ialah –

1. Content Collaborations

Antara strategi lain yang digunakan oleh Media Prima ialah dengan membuat ‘content collaborations’ dengan rakan kongsi global seperti YouTube, Dailymotion dan Mashable Southeast Asia dan memfokuskan sumber dalam bidang pengiklanan programatik yang dilihat oleh penganalisis industri sebagai salah satu segmen pendapatan digital yang paling pesat berkembang pada masa kini.

2. Portal Online

Manakala REV Asia pula yang mempunyai jangkauan penonton digital gabungan sebanyak 14.8 juta pelawat unik bulanan akan terus meneroka dan mendapatkan portal online yang baru untuk mempelbagaikan penawarannya kepada pengiklan dan meluaskan profil audien mereka.

3. e-Commerce

Dalam e-Commerce, segmen home shopping Media Prima Television Network, CJ WOW SHOP, telah menjana jumlah jualan sebanyak RM152 juta selama sembilan bulan, peningkatan 63% daripada RM93 juta dalam tempoh perbandingan. CJ WOW SHOP terus mendapat daya tarikan dengan hampir 1.04 juta pelanggan, didorong oleh peningkatan kehadiran dan akses ke udara di seluruh Malaysia.


“Berhadapan dengan cabaran besar yang memberi kesan kepada industri media di seluruh dunia, inisiatif dan pencapaian kami setakat ini menegaskan bahawa kami berada di landasan yang betul dalam mencapai misi transformasi kumpulan kami. Kami terus mengembangkan jejak digital kami sejak menjadi syarikat media digital ketiga terbesar di Malaysia, sementara segmen home shopping kami dijangka melebihi sasaran pendapatan sebelum akhir tahun.”

Mohd Nasir Ahmad
Pengerusi Kumpulan Media Prima.

Nampak Media Prima optimistik untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui strategi-strategi digital yang terbukti berkesan.

 

Artikel Asal | Telegram Dewvation | Facebook Dewvation | Twitter Dewvation