Pengumuman Belanjawan 2019 baru-baru ini menunjukkan MDEC sedar yang eSports merupakan salah satu sektor yang mempunyai potensi untuk berkembang pesat di Malaysia. Pertumbuhan sektor eSports di Malaysia disebabkan dasar positif seperti sokongan eSports sebagai sukan rasmi yang diiktiraf di beberapa negara seperti Korea Selatan, China, Rusia, Jerman, Itali, Malaysia dan banyak lagi.

Sektor eSports juga menerima pengiktirafan rasmi sebagai acara pingat penuh dalam Sukan Asia 2022 (dan dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang mempertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik 2024 di Perancis).

2018 menyaksikan peningkatan industri eSport di Malaysia. Dianggarkan terdapat 2.4 juta peminat eSports di Malaysia sahaja. Asia Tenggara merupakan pasaran eSports yang paling pesat berkembang di dunia. Malaysia menduduki tempat ke-21 dalam anggaran hasil permainan global untuk 2017 dengan AS $587 juta disamping Belanda dan Poland.

Industri permainan akan menjadi sebuah industri yang bernilai US $180.1 bilion dan eSports adalah sebahagian daripada ekosistem yang semakin meningkat ini.

[Di dalam gambar, Adik Muhammad Thaqif bersama-sama dengan Datuk Yasmin Mahmood dari My MDEC dan juga YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dari KBSMalaysia]

 

Artikel Asal | Telegram Dewvation | Facebook Dewvation | Twitter Dewvation