Malaysia secara rasminya merupakan negara kedua di Asia Tenggara untuk memperkenalkan cukai digital yang boleh dikenakan kepada syarikat digital tempatan dan antarabangsa. Dijangkakan cukai digital ini dilaksanakan pada 1 Januari 2020.

Pengumuman Belanjawan 2019 termasuk pengenalan skim cukai khusus untuk servis online yang diimport oleh pengguna dikehendaki mendaftar dengan Jabatan Kastam mulai 1 Januari 2020. Ini termasuk software, muzik, video, atau sebarang pengiklanan digital yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

Ini bermakna penyedia servis online yang memenuhi kriteria tertentu perlu mendaftar dengan Jabatan Kastam untuk terus memberikan penawaran mereka kepada pengguna Malaysia.

Sama seperti Singapura, streaming app untuk video dan muzik seperti Netflix atau Spotify, pasaran elektronik seperti Apple Store atau Google Play Store, kesemua yuran langganan online mungkin dikenakan cukai. Di samping itu, kemasukan perisian mungkin bermakna bahawa perkhidmatan seperti Microsoft’s Office 365 Productivity Suite dan permainan yang dijual oleh Steam akan dikenakan di bawah cukai baru.

Potensi pertumbuhan e-Commerce di Malaysia baru-baru ini meraih nilai US $12.2 juta (GMV) dalam tempoh lima hari dalam tempoh penjualan digital terkini (MyCyberSale 2018). Ekonomi digital di Malaysia dijangka akan mendapat sambutan lebih baik untuk jualan tahunan 11.11 (Single Day), 12.12. Sale dan Year-End Digital Sale.

Google dan Temasek juga menjangkakan bahawa e-Commerce di Malaysia menjadi pasaran yang bernilai AS $8.2 bilion pada tahun 2025, yang menunjukkan potensi besar untuk hasil cukai bagi kerajaan dalam masa terdekat.

 

Artikel Asal | Telegram Dewvation | Facebook Dewvation | Twitter Dewvation