Pasukan dari Malaysia telah memperoleh pingat emas pertama di Malaysia pada International Olympiad in Informatics (IOI) 2018 yang diadakan di Tsukuba, Jepun.

Ianya juga dikenali sebagai “Olimpik sains komputer sekolah menengah,”. IOI mendapat sokongan Unesco dimana ia adalah persaingan sains komputer yang paling berprestij untuk pelajar sekolah menengah di seluruh dunia.

Tahun ini, Yeoh Zi Song salah seorang daripada empat pelajar yang mewakili Malaysia pada IOI 2018 telah meraih pingat emas. Ini juga merupakan pingat emas pertama sejak penyertaan pertama Malaysia di IOI pada tahun 2012.

Yeoh Zi Song adalah pelajar Tingkatan 5 di SMJK Chung Ling di Pulau Pinang. Ini adalah kali ketiga beliau mewakili Malaysia di IOI.

Pasukan Malaysia telah dipilih menerusi beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh Malaysian Informatics and Programming Society (MIPS). Pertandingan pertama bagi musim 2018/19 yang merupakan Malaysian Computing Challenge (MCC) akan diadakan pada 20-21 Okt 2018.

MCC disokong oleh agensi kerajaan Malaysia Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebagai sebahagian daripada gerakan #mydigitalmaker. Untuk maklumat lanjut, sila layari mcc18.ioimalaysia.org.

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam pertandingan yang berprestij tahap antarabangsa. Semoga lebih banyak bakat-bakat baru akan turut mengharumkan nama ke peringkat antarabangsa!

 

Artikel Asal | Telegram Dewvation | Facebook Dewvation | Twitter Dewvation