Platform tempahan perkhidmatan terbesar di Asia, KLOOK telah melancaran kod QR yang membolehkan penggunaan pas mudah alih (mobile pass) untuk Lapangan Terbang Ekspres Hong Kong (Hong Kong Airport Express). Ciri baru ini akan merapatkan jurang yang sedia ada di antara dalam talian dan luar talian dimana ia menawarkan cara yang lebih mudah untuk mengakses Lapangan Terbang Ekspres Hong Kong (Hong Kong Airport Express).

Ini menandakan pencapaian baru dalam usaha Klook yang disokong oleh Perbadanan MTR, dalam menjadikan Hong Kong sebuah bandar pintar melalui inovasi teknologi dalam pelancongan. Dengan aplikasi mudah alih Klook, pelancong yang pergi ke Hong Kong bukan sahaja boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk membuat pembayaran untuk tiket Lapangan Terbang Ekspres tetapi kini juga boleh mengakses pintu secara langsung dengan menggunakan pas mudah alih tanpa perlu beratur mengikut barisan di kaunter.

Pas mudah alih applikasi Klook yang disediakan untuk akses luar talian bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi Lapangan Terbang Hong Kong sementara memastikan perjalanan yang paling lancar dan pengalaman paling cepat.

Perkhidmatan tempahan Klook untuk Lapangan Terbang Ekspres Hong Kong (Hong Kong Airport Express) telah menerima maklum balas yang sangat positif daripada pengguna di seluruh dunia, dengan mengumpul lebih daripada 65,000 ulasan dengan skor purata 4.8 / 5.0. Pencapaian tersebut juga diiktiraf oleh MTR Corporation, yang telah menganugerahkan Klook “The Emperor Award” untuk prestasi jualan yang luar biasa pada tahun 2017.

“Kami sangat teruja untuk menggabungkan teknologi Klook dan inovasi MTR Corporation dalam mendefinisikan semula pengalaman tempahan kereta api Lapangan Terbang Ekspres Hong Kong.”

Eric Gnock Fah, Presiden & Ketua Pegawai Operasi

Selama bertahun-tahun, Klook telah bekerjasama rapat dengan rakan niaga di seluruh dunia untuk membangunkan pelancongan pintar. Paling terbaru, Klook telah menurut serta dalam Google Hong Kong,” – “Think 2020: Smarter Digital City” dalam memberikan pandangan tentang cara menggunakan inisiatif digital dengan berkesan dengan pelancong moden yang melancong ke Hong Kong.

 

Artikel Asal | Saluran Telegram Dewvation | Facebook Dewvation