Ford telah membeli startup skuter yang dipanggil Spin sebagai pelaburannya pada masa depan dalam industri pengangkutan.

Syarat perjanjian itu tidak didedahkan, tetapi Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Euwyn Poon berkata Ford bercadang untuk melabur kira-kira $200 juta USD dalam syarikat itu kerana ia akan berkembang ke 100 pasaran selama satu tahun setengah.

Spin dibangunkan kira-kira dua tahun lalu sebagai sebuah syarikat perkongsian basikal tidak berkunci, yang diilhamkan oleh semasa perjalanan Poon di Beijing di mana perkhidmatan tersebut sedang berkembang. Syarikat itu mengumpulkan 8 juta dalam pembiayaan daripada lima buah pelabur.

Sehingga hari ini, Spin telah beroperasi di sembilan buah bandar dan di lima buah kampus kolej, dan mempunyai mahu mengembangkan pasaran mereka sebanyak 100 lokasi dalam 18 bulan akan datang. Ford melihat hubungan awal dengan ‘cities on scooters’ sebagai cara untuk membentuk hubungan dengan bandar-bandar yang berkemungkinan boleh menjadi sebuah perjanjian kereta memandu sendiri.

 

Artikel Asal | Telegram Dewvation | Facebook Dewvation | Twitter Dewvation