Wistkey, sebuah startup yang menawarkan perkhidmatan business and technology consultancy services. Eric Lau merupakan Pengasas dan Ketua Eksekutif Syarikat, berkelulusan dari Universiti Cina Hong Kong (CUHK) dengan ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan sistem dan pengurusan kejuruteraan pada tahun 2014.

Lau, yang berusia pertengahan 20-an berminat dengan AI dan Big Data telah mengambil kursus yang berkaitan semasa berada di kolej. Sebagai business consultant, Wistkey membantu pelanggannya dengan mengkaji model perniagaan mereka dan mentransformasi melalui AI dan data besar.

Wistkey juga akan memadankan pelanggan dengan venture capital firms jika mereka memerlukan pembiayaan untuk mengubah perniagaan mereka. Ia juga menyediakan pemasaran sosial dan sokongan media.

Salah satu pelanggan Wistkey ialah Miche Wang, yang berpangkalan di Xiamen, sebuah platform online untuk menjual kereta terpakai. Wistkey membantu syarikat tersebut untuk membina sistem Enterprise Resource Planning (ERP) dan meningkatkan pembiayaan siri A bernilai HK $15 juta melalui pemadanan VC. Ia juga menggunakan kenalannya untuk membantu Miche Wang mendapatkan pendedahan media.

Kekangan masa adalah salah satu cabaran terbesar dalam consultancy business.


“Walaupun terdapat banyak deadline projek, para pelanggan sentiasa menginginkan sistem mereka sempurna semaksima yang mungkin. Apabila mereka memikirkan idea pada hari ini, mereka menjangkakan ia dapat dilakukan pada hari berikutnya. Tetapi secara teknikalnya, tidak mudah untuk membuat perubahan dalam sistem dalam satu jangka masa yang singkat.”

Eric Lau
Pengasas dan Ketua Eksekutif Syarikat Wistkey

 

dewvation-wistkey-1

 

Untuk pelanggan, New World Construction Co. Ltd. pula, Wistkey berkhidmat sebagai software developer untuk membantu membangunkan smart construction system, sambil membina sebuah pasukan teknikal untuknya.

Lau berkata syarikatnya berhasrat untuk meningkatkan dana angel sekitar HK $ 2 juta hingga HK $ 5 juta pada masa akan datang. Selepas perniagaannya telah kukuh di Hong Kong, Wistkey mungkin mula mencari peluang di Asia Tenggara.

 

Artikel Asal | Telegram Dewvation | Facebook Dewvation | Twitter Dewvation