Semenjak tahun 2009 Alibaba mengenalkan hari Single Day pada 11.11 setiap tahun, ianya menjadi hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang di dalam dunia yang suka membeli-belah secara online kerana potongan harga hampir kesemua barangan yang ada di platform e-Commerce tersebut.

Di sini kami kongsikan 5 fakta ringkas mengenai promosi mega ini –

1. Promosi mega 11.11 Alibaba ini dahulu di kenali sebagai promosi “Single’s Day” bersempena dengan sambutan para pelajar di Nanjing University sejak tahun 1993. No 11.11 itu simbolik kepada status “Single” seseorang.

2. Tahun ini 2018 merupakan tahun yang ke 10 untuk Alibaba mengadakan promosi mega 11.11 ini.

3. Promosi 11.11 pertama tanpa Jack Ma. Walaupun ini merupakan tahun ke 10 Alibaba mengadakan sambutan 11.11 tetapi ianya merupakan tahun pertama untuk Alibaba beroperasi tanpa Ajck Ma yang telah digantikan oleh Daniel Zhang CEO Alibaba.

4. Rekod baru jualan 11.11 iaitu 30.7 Bilion USD berbanding 25 Bilion USD pada tahun 2017. Setiap tahun Alibab berjaya memecah rekod jualan mereka pada tahun yang sebelumnya

5. Tahun pertama promosi 11.11 untuk Lazada. Jualan Lazada merangkumi 6 buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Tahiland, Philipine dan Vietnam.

Bagaimana dengan para likers Dewvation? Seronok membeli-belah?

 

Artikel Asal | Telegram Dewvation | Facebook Dewvation | Twitter Dewvation